Thursday, October 31, 2013

Anak Tom Cruise yang lawa














Hazama - Relakan Jiwa





Kusangka hidupku
Selamanya kelam
Terbelenggu ikatan tanpa manisnya cinta




Memaksa diriku

Menapaki jalan

Arah yang tak pernah ku mahu dalam hatiku



Kini kau pun hadir

Memberi cahaya

Membangunkan ku dari suramnya mimpi ngeri



Menuntun hatiku ke palung asmara

Seakan ku hidup kembali dari matiku




Engkaulah cinta

Yang selama ini aku cari




Ku Relakan Jiwa

Tuk menjadi penghuni dalam sangkar hatimu

Kerna engkaulah nadi yang menghidupkan aku
Yang mampu melarutkian setiap sepi hatiku




Hati bukan untuk dimiliki

Tapi untuk dicinta dan mencintai

Kurelakan jiwaku padamu



Engkaulah cinta

Yang selama ini aku cari




Ku relakan jiwa

Tuk menjadi penghuni dalam sangkar hatimu

Kerna engkaulah nadi yang menhidupkan aku
Yang mampu melarutkan setiap sepi hatiku




Seandainya waktu

Tak pernah pertemukan aku dengan dirimu

Akan kubiarkan mati hatiku selamanya
Sehingga kau datang membangunkan aku

Wednesday, October 30, 2013

Makan buah untuk sihat


Sumber : FB ikram najwan

Mizz Nina sudah berhijrah

Alhamdulillah saya suka dengan penghijrahan oleh Mizz Nina walaupun masih di peringkat cuba-cuba untuk berhijab. Dia juga ada meminta suaminya untuk mencipta lagu yang bersesuaian dengan penampilannya sekarang.

Ramai artis sudah berhijrah ke arah kebaikan, alhamdullah sekali lagi.



Tuesday, October 29, 2013

Restoran api-api di Melaka


Seronok juga makan bersama keluarga pada hari Sabtu  yang lepas. Rasa macam ala-ala korea pulak bila makan macam ni. 

Tempat ni namanya api-api Steamboat & Grill. Senang je nak cari lokasinya sebab berdepan dengan Jusco Bandaraya Melaka. Rebusan di kawasan tengah tu hanya ada dua pilihan samaada tomyam ataupun sup ayam. Saya pilih tomyam. Rasa tomyamnya biasa je.

Yang paling saya suka adalah bila dapat panggang daging lembu. Sangat lembut jadinya lepas terbalik-terbalikkan daging tu. Kita kena rajin terbalikkan biar kedua-dua belah masak, jangan sampai hangus. 

Pada hari sabtu harga untuk sekepala RM 30. Makanlah apa saja yang ada dalam kedai tu, sebab dah bayar RM 30 kan, jangan membazir duit. Tapi kalau yang tak kuat makan tu memang agak membazir.

Apa yang saya nampak menunya pada haritu adalah seperti bermacam jenis daging untuk dipanggang, pelbagai jenis sayuran, nasi lemak, bubur, mee goreng, nasi goreng, ada juga lauk yang telah dimasak, bebola daging, pelbagai jenis sos disediakan dan beberapa jenis minuman. Dan yang paling penting ais krim pelbagai perisa.

Bagi saya, tempat macam ni sesuai untuk kawan-kawan lepak. Sebab sambil makan sambil berborak. Kadang-kadang tak sedar masa berjalan, makin lama makin banyak makan, maka tak lah membazir sangat bayar mahal-mahal macam tu. Yelah, kalau dah asyik rancak berbual, mesti lapar dan dahaga balik, jadi boleh tambah lagi makanan.

Kelemahan tempat tu pulak, bagi saya, saya tak suka wayar/tiub yang menyambungkan gas dengan tempat panggang tu terkeluar dari meja. Kalau sesiapa pernah makan di seoul garden, dia akan tahu perbezaannya. Sebab di seoul garden tiada tiub yang terkeluar. Jadi sangat tak selesa dengan tiub itu, dan ia juga mengecilkan ruang untuk meletak pinggan. Rasa agak sempit meja jadinya.

Kalau rate, saya bagi 3 bintang dari 5 bintang.




Tanda-tanda ketagih berblog

Sebenarnya saya dikira agak baru dalam dunia blog. Sebelum ini, saya hanya mendengar daripada mulut kawan dan saudara saya saja tentangnya. Saya fikir blog itu biasa-biasa sahaja, tak ada apa yang menarik langsung. Ramai orang sumpah-seranah dalam blog. Ada juga yang banyak merapu. Hanya ada beberapa orang sahaja yang serius untuk berblog.

Tetapi tiba-tiba hati saya terpaut untuk blog secara tiba-tiba. Jadi setelah mula berblog, saya rasa ada kelainan pada diri saya. Saya boleh dikatakan ketagih untuk berblog. 

ketagih asyik nak berblog


Tanda-tanda seseorang itu sudah ketagih untuk berblog :

  • Hampir setiap masa nak check berapa banyak follower sudah bertambah. Selagi tak bertambah bilangan follower, selagi itu rasa tak senang duduk. Selagi itu rasa ketinggalan macam tak popular langsung lah blog ini.
  • Banyak perkara untuk ditulis dalam blog. Idea bagai mencurah-curah dengan derasnya. Saya banyak benda nak cerita dalam blog ini, tapi masa saya terhad kerana kerja saya di dunia sebenar tidak tetap. Kadang-kadang banyak masa lapang sampai boleh berlari di taman, kadang-kadang terlalu sibuk sehingga tiada masa untuk bersandar di kerusi. 
  • Kerap check bilangan unique visitor. Baru-baru ini saya telah memasang iklan nuffnang di dalam blog saya. Nuffnang memudahkan saya untuk mengetahui berapa banyak bilangan unique visitor yang datang ke blog saya setiap hari. Ini memang saya kerap buat. Saya perlukan trafik yang tinggi untuk mendapatkan CPUV campaign seperti blogger-blogger lain. Jadi, bilangan unique visitor sangat penting bagi saya.
  • Buka blog sebelum tidur dan selepas bangun tidur. Biasanya sebelum tidur, saya akan turn on maxis mobile network pada smartphone saya untuk cek sekali lagi ketiga-tiga perkara di atas. Bila bangun tidur pula, cepat-cepat saya cek blog saya samaada terima komen baru daripada sesiapa.
Haha, rasanya itu sajalah kot tanda-tanda blogger macam saya ni sudah ketagih utnuk berblog sakan. Saya tak pasti jika ada orang lain yang turut sama ketagih berblog macam saya. 


Monday, October 28, 2013

sifat seseorang berdasarkan jenis tulisan



Adakah betul jenis tulisan sebenarnya mempamerkan sifat sebenar seseorang itu? Kalau nak tahu betul atau tidak, cuba korang uji sendiri dengan gaya penulisan korang dahulu. Lepas itu analisis dan bandingkan sifat diri korang sama ada betul atau tidak dengan kenyataan di bawah.

Sebelum itu, pilih salah satu dahulu antara lima di bawah yang paling tepat menunjukkan gaya penulisan korang barulah baca dan fahami analisisnya.


  • Tulisan yang mempunyai tekanan yang tidak sekata

Jika korang menulis sesuatu yang sekejap tebal dan sekejap halus tulisannya, berkemungkinan korang adalah seorang yang sangat tidak menentu. Kadang-kadang korang akan menjadi sangat serius dalam sesuatu perkara, tetapi ada juga kemungkinan bahawa korang tiba-tiba akan hilang minat dalm sesuatu perkara. Korang juga akan mengambil masa yang lama untuk menyelesaikan sesuatu tugasan jika tugasan itu tidak menarik perhatian korang.

  • Tulisan yang sangat kecil

Korang adalah seorang yang suka berahsia. Korang sukakan perubahan dan sentiasa mahu mencuba sesuatu yang baru. Korang juga suka berfikir secara serius dan berhati-hati apabila tiba masa untuk membuat keputusan. Ini boleh membuat korang kelihatan lebih matang daripada biasanya.

  • Terdapat ruang kecil di antara tulisan

Korang adalah seorang yang pandai bergaul dengan orang sekeliling. Korang juga suka menghadiri sesuatu majlis dan mendapatkan perhatian daripada orang ramai walau di mana jua. Korang tidak suka bersendirian dan kesunyian sepanjang masa.

  • Terdapat ruang yang besar antara tulisan

Korang tidak berminat dengan apa yang orang lain lakukan dan tidak suka dengan orang yang suka jaga tepi kain orang lain. Korang tidak suka akan tempat yang sesak/ramai orang kerana ia cukup merimaskan. Korang tidak suka konflik/masalah, jadi cara yang paling terbaik adalah dengan menjauhkan diri daripada masalah itu. Maksudnya, korang lebih suka lari daripada masalah.

  • Garisan menegak tulisan korang berada pada sudut 90 darjah yang sempurna.

Korang seorang yang sangat berhati-hati dan berfikir dua kali dalam setiap tindakan sebelum korang melakukannya. Korang juga seorang yang sangat prihatin iaitu sentiasa memikirkan tentang perasaan orang lain.


Jadi, aku rasa aku punya yang pertama. Selalu tak menentu. Korang pulak yang mana satu?

Sunday, October 27, 2013

Cara menghilangkan sedu dengan cepat dan mudah

Kadang-kadang, saya selalu juga tersedu. Tapi tak lama kemudian, sedu itu sudah hilang sebab saya selalu buat cara yang satu ini.



Selalunya bila saya tersedu, saya akan menarik nafas dalam-dalam kemudian tahan nafas itu selama yang saya mampu. Mungkin dalam 10 saat. Pendek betul nafas saya kan. Saya akan ulangi langkah itu selama tiga kali.

Jika pembaca mencuba cara saya untuk hilangkan sedu, insyaallah sedu itu akan hilang.

Perkara yang baik eloklah dikongsikan bersama.

Sunday, October 13, 2013

Khasiat makan buah avocado

Buah avokado adalah salah satu buah yang dicipta dengan pelbagai khasiat yang memberi banyak kebaikan kepada tubuh manusia. Jadi, kita disarankan seperti dalam piramid makanan yang seimbang untuk lebihkan pengambilan buah dalam kehidupan kita. Mari lihat apa khasiat yang boleh diperoleh dari memakan buah ini.

manfaat buah avokado pada kesihatan


Mengawal tekanan darah 
- Avokado  merupakan sumber besar kalium , yang membantu dalam mengawal paras tekanan darah.

Menggalakkan kesihatan mata
- Avokado adalah sumber  lutein karotenoid yang sangat baik, dimana ianya adalah untuk membantu melindungi mata daripada daripada katarak.

Melindungi daripada kanser
- Banyak kajian telah menunjukkan bahawa avokado boleh menghalang pertumbuhan kanser prostat dan juga berkesan dalam mencegah kanser payudara.

Menyembuhkan nafas berbau
- Avokado adalah salah satu pencuci mulut yang terbaik secara semula jadi dan bertindak untuk melawan daripada nafas berbau. Ini kerana ia  membersihkan usus yang merupakan punca sebenar nafas berbau.

Ciri-ciri anti -penuaan
- Avokado kaya dengan antioksida dan bermanfaat dalam mencegah gejala penuaan. Ia juga membantu  meningkatkan sistem imun , melambatkan proses penuaan, dan menggalakkan sistem saraf yang sihat.

Penjagaan Kulit
- Minyak avokado ditambah dalam bahan pembuatan kosmetik kerana keupayaannya untuk menyuburkan kulit dan membuat kulit anda bercahaya. Ia juga membantu dalam merawat penyakit kulit yang menyebabkan kemerahan kulit.

Berat badan
- Avokado mempunyai 200 kalori bagi setiap 100 gram. Biasanya , buah-buahan mempunyai kira-kira 60-80 kalori bagi 100 gram. Oleh kerana jumlah yang tinggi kalori, avokado adalah makanan yang terbaik bagi orang-orang yang ingin menambahkan berat badan. Avokado adalah sumber kalori yang sihat , tidak seperti lain-lain makanan kalori yang mungkin mengandungi lemak tepu yang berlebihan dan gula yang berlebihan.

Mengekalkan kesihatan jantung
- Avokado mengandungi vitamin B6 dan asid folik , yang membantu mengawal tahap homocysteine ​​. Tahap homocysteine ​​dikaitkan dengan peningkatan risiko penyakit jantung. Avokado juga mengandungi vitamin E, glutation, dan lemak monotaktepu, yang membantu dalam mengekalkan jantung yang sihat.



Friday, October 11, 2013

Sebab atau punca migrain dan cara merawat migrain

Apa itu migrain?

Okay, dalam bahasa yang mudah migrain ni adalah satu penyakit yang menyebabkan kepala korang rasa sakit berdenyut-denyut disertai rasa loya nak muntah, kaki semut-semut dan korang rasa sensitif terhadap bunyi yang bising dan cahaya yang terang.



Apakah sebab/punca migrain?

  1. Alahan 
  2. Lampu yang terang, bunyi terlalu bising, dan bau tertentu yang kuat
  3. Tekanan fizikal atau emosi
  4. Perubahan dalam corak tidur atau tidur yang tidak teratur
  5. Merokok atau terdedah kepada asap
  6. Selalu skip untuk makan
  7. Minum minuman beralkohol
  8. Turun naik kitaran haid, pil kawalan kelahiran, turun naik hormon semasa permulaan menopaus
  9. Sakit kepala ketegangan
  10. Makanan yang mengandungi tyramine (wain merah, keju tua, ikan salai, hati ayam, buah ara, dan beberapa biji), monosodium glutamat (MSG), atau nitrat (seperti daging, anjing panas, dan salami)
  11. Makanan lain seperti coklat, kacang, mentega kacang, alpukat, pisang, limau, bawang, produk tenusu, dan makanan yang diperam atau jeruk.

Bagaimana nak hilangkan migrain?
  1. Tidur yang cukup
  2. Duduk di tempat yang gelap
  3. Mesti makan secara betul
  4. Letak sesuatu yang sejuk di atas kepala atau dahi
  5. Mandi 
  6. Urut sekitar kepala

Lirik lagu Qasidah Ya Hanana







(2x) ظَهَرَ الدِّينُ المُؤَيَّد بِظُهُورِالنَّبِى اَحمَد

dzoharoddiinul muayyad bidzhuhuurin nabi ahmad 
Telah muncul agama yang didukung, dengan munculnya sang Nabi Ahmad


يَا هَنَانَــــــــا بِمُحَمَّد ذَلِكَ الفَضلُ مِنَ الله

ya hana na bimuhammad dzalikal fadhlu minallah
Betapa beruntungnya kami dengan Muhammad (Saw),
Itulah anugerah daripada Allah SWT


(8x) يَا هَنَانَا

ya hana na
Betapa Beruntungnya Kami 


خُصَّ بِالسَّبعِ المَثَانِى وَحَوى لُطفَ المَعَأنِى

khusho bissab’il matsani wa hawa luthfal ma’ani
Diistimewakan dengan as-Sab’ul Matsany (al-Fatihah), 
Penghimpun rahsia bagi setiap makna


مَالَهُ فِى الخَلقِ ثَانِى وَعَلَيهِ اَنزَلَ الله

ma lahu fil kholqi tsani wa a’laihi anzalallah
Tidak ada yang senilai dengannya, 
Dan Allah mewahyukan kepadanya (Muhammad SAW)


(8x) يَا هَنَانَا

ya hana na
Betapa Beruntungnya Kami 



(2x) ظَهَرَ الدِّينُ المُؤَيَّد بِظُهُورِالنَّبِى اَحمَد

dzoharoddiinul muayyad bidzhuhuurin nabi ahmad 
Telah muncul agama yang didukung, dengan munculnya sang Nabi Ahmad


يَا هَنَانَــــــــا بِمُحَمَّد ذَلِكَ الفَضلُ مِنَ الله

ya hana na bimuhammad dzalikal fadhlu minallahBetapa beruntungnya kami dengan Muhammad (Saw),Itulah anugerah daripada Allah SWT



(8x) يَا هَنَانَا

ya hana na
Betapa Beruntungnya Kami 


مِن مَكَّةٍ لَمَّا ظَهَر لِاَجلِهِ انشَقَ القَمَر

min makkatillamma dzohar liajlihin syaqqal qomar
Ketika di Makkah bulan tampak terbelah deminya (Muhammad SAW)


وَافتخَرَت الُ مُضَر بِهِ عَلى كُلِّ الاَنَام

waf takhorot aalu mudhor bihi ala kullil anam
lalu kabilah Mudhar (kabilah Muhammad SAW) dibanggakan oleh seluruh manusia


(8x) يَاهَانَانَأ

ya hana na
Betapa beruntungnya kami



(2x) ظَهَرَ الدِّينُ المُؤَيَّد بِظُهُورِالنَّبِى اَحمَد

dzoharoddiinul muayyad bidzhuhuurin nabi ahmad 
Telah muncul agama yang didukung, dengan munculnya sang Nabi Ahmad


يَا هَنَانَــــــــا بِمُحَمَّد ذَلِكَ الفَضلُ مِنَ الله

ya hana na bimuhammad dzalikal fadhlu minallahBetapa beruntungnya kami dengan Muhammad (Saw),Itulah anugerah daripada Allah SWT



(8x) يَاهَانَانَأ

ya hana na
Betapa beruntungnya kami


اَطيَبُ النَّاسِ خَلقًا وَاَجَلُّ النَّاسِ خُلُقُا

athyabunnasi kholqon wa ajallunnasi khuluqun
Beliau adalah manusia yang terbaik ciptaanNya, dan teragung akhlaknya


ذِكرُهُ غَربًا وَشَرقًا سَائِرٌ وَالحَمدُ لِله

dzikruhu ghorbaw wa syarqon saa iruw walhamdu lillah
Semua berzikir ke atasnya samada di barat atau di timur, 
Segala puji hanya bagi Allah SWT


(8x) يَاهَنَانَا

ya hana na
Betapa beruntungnya kami



(2x) ظَهَرَ الدِّينُ المُؤَيَّد بِظُهُورِالنَّبِى اَحمَد

dzoharoddiinul muayyad bidzhuhuurin nabi ahmad 
Telah muncul agama yang didukung, dengan munculnya sang Nabi Ahmad


يَا هَنَانَــــــــا بِمُحَمَّد ذَلِكَ الفَضلُ مِنَ الله

ya hana na bimuhammad dzalikal fadhlu minallahBetapa beruntungnya kami dengan Muhammad (Saw),Itulah anugerah daripada Allah SWT



(8x) يَاهَنَانَا

ya hana na
Betapa beruntungnya kami


صَلُّوا عَلى خَيرِ الاَنَام المُصطَفَى بَدرِالتَّمَام

shollu a’la khoiril anami al musthofa badrittamami
Berselawatlah ke atas sebaik-baik manusia (Muhammad SAW) yang terpilih, 
Sang bulan purnama


صَلُّوا عَلَيهِ وَسَلِّمُوا يَشفَع لَنَأ يَومَ الزِّحَام

shollu a’laihi wasallimu yasyfa’ lana yaumazzihami
Sampaikanlah salam kepadanya, moga diberi syafaat di hari kebangkitan


(8x) يَا هَنَانَا

ya hana na
Betapa beruntungnya kami



(2x) ظَهَرَ الدِّينُ المُؤَيَّد بِظُهُورِالنَّبِى اَحمَد

dzoharoddiinul muayyad bidzhuhuurin nabi ahmad 
Telah muncul agama yang didukung, dengan munculnya sang Nabi Ahmad


يَا هَنَانَــــــــا بِمُحَمَّد ذَلِكَ الفَضلُ مِنَ الله

ya hana na bimuhammad dzalikal fadhlu minallahBetapa beruntungnya kami dengan Muhammad (Saw),Itulah anugerah daripada Allah SWT


(8x) يَا هَنَانَا

ya hana na
Betapa beruntungnya kami