Tuesday, October 29, 2013

Restoran api-api di Melaka


Seronok juga makan bersama keluarga pada hari Sabtu  yang lepas. Rasa macam ala-ala korea pulak bila makan macam ni. 

Tempat ni namanya api-api Steamboat & Grill. Senang je nak cari lokasinya sebab berdepan dengan Jusco Bandaraya Melaka. Rebusan di kawasan tengah tu hanya ada dua pilihan samaada tomyam ataupun sup ayam. Saya pilih tomyam. Rasa tomyamnya biasa je.

Yang paling saya suka adalah bila dapat panggang daging lembu. Sangat lembut jadinya lepas terbalik-terbalikkan daging tu. Kita kena rajin terbalikkan biar kedua-dua belah masak, jangan sampai hangus. 

Pada hari sabtu harga untuk sekepala RM 30. Makanlah apa saja yang ada dalam kedai tu, sebab dah bayar RM 30 kan, jangan membazir duit. Tapi kalau yang tak kuat makan tu memang agak membazir.

Apa yang saya nampak menunya pada haritu adalah seperti bermacam jenis daging untuk dipanggang, pelbagai jenis sayuran, nasi lemak, bubur, mee goreng, nasi goreng, ada juga lauk yang telah dimasak, bebola daging, pelbagai jenis sos disediakan dan beberapa jenis minuman. Dan yang paling penting ais krim pelbagai perisa.

Bagi saya, tempat macam ni sesuai untuk kawan-kawan lepak. Sebab sambil makan sambil berborak. Kadang-kadang tak sedar masa berjalan, makin lama makin banyak makan, maka tak lah membazir sangat bayar mahal-mahal macam tu. Yelah, kalau dah asyik rancak berbual, mesti lapar dan dahaga balik, jadi boleh tambah lagi makanan.

Kelemahan tempat tu pulak, bagi saya, saya tak suka wayar/tiub yang menyambungkan gas dengan tempat panggang tu terkeluar dari meja. Kalau sesiapa pernah makan di seoul garden, dia akan tahu perbezaannya. Sebab di seoul garden tiada tiub yang terkeluar. Jadi sangat tak selesa dengan tiub itu, dan ia juga mengecilkan ruang untuk meletak pinggan. Rasa agak sempit meja jadinya.

Kalau rate, saya bagi 3 bintang dari 5 bintang.




No comments: