Tuesday, October 29, 2013

Tanda-tanda ketagih berblog

Sebenarnya saya dikira agak baru dalam dunia blog. Sebelum ini, saya hanya mendengar daripada mulut kawan dan saudara saya saja tentangnya. Saya fikir blog itu biasa-biasa sahaja, tak ada apa yang menarik langsung. Ramai orang sumpah-seranah dalam blog. Ada juga yang banyak merapu. Hanya ada beberapa orang sahaja yang serius untuk berblog.

Tetapi tiba-tiba hati saya terpaut untuk blog secara tiba-tiba. Jadi setelah mula berblog, saya rasa ada kelainan pada diri saya. Saya boleh dikatakan ketagih untuk berblog. 

ketagih asyik nak berblog


Tanda-tanda seseorang itu sudah ketagih untuk berblog :

  • Hampir setiap masa nak check berapa banyak follower sudah bertambah. Selagi tak bertambah bilangan follower, selagi itu rasa tak senang duduk. Selagi itu rasa ketinggalan macam tak popular langsung lah blog ini.
  • Banyak perkara untuk ditulis dalam blog. Idea bagai mencurah-curah dengan derasnya. Saya banyak benda nak cerita dalam blog ini, tapi masa saya terhad kerana kerja saya di dunia sebenar tidak tetap. Kadang-kadang banyak masa lapang sampai boleh berlari di taman, kadang-kadang terlalu sibuk sehingga tiada masa untuk bersandar di kerusi. 
  • Kerap check bilangan unique visitor. Baru-baru ini saya telah memasang iklan nuffnang di dalam blog saya. Nuffnang memudahkan saya untuk mengetahui berapa banyak bilangan unique visitor yang datang ke blog saya setiap hari. Ini memang saya kerap buat. Saya perlukan trafik yang tinggi untuk mendapatkan CPUV campaign seperti blogger-blogger lain. Jadi, bilangan unique visitor sangat penting bagi saya.
  • Buka blog sebelum tidur dan selepas bangun tidur. Biasanya sebelum tidur, saya akan turn on maxis mobile network pada smartphone saya untuk cek sekali lagi ketiga-tiga perkara di atas. Bila bangun tidur pula, cepat-cepat saya cek blog saya samaada terima komen baru daripada sesiapa.
Haha, rasanya itu sajalah kot tanda-tanda blogger macam saya ni sudah ketagih utnuk berblog sakan. Saya tak pasti jika ada orang lain yang turut sama ketagih berblog macam saya. 


No comments: