Monday, October 28, 2013

sifat seseorang berdasarkan jenis tulisan



Adakah betul jenis tulisan sebenarnya mempamerkan sifat sebenar seseorang itu? Kalau nak tahu betul atau tidak, cuba korang uji sendiri dengan gaya penulisan korang dahulu. Lepas itu analisis dan bandingkan sifat diri korang sama ada betul atau tidak dengan kenyataan di bawah.

Sebelum itu, pilih salah satu dahulu antara lima di bawah yang paling tepat menunjukkan gaya penulisan korang barulah baca dan fahami analisisnya.


  • Tulisan yang mempunyai tekanan yang tidak sekata

Jika korang menulis sesuatu yang sekejap tebal dan sekejap halus tulisannya, berkemungkinan korang adalah seorang yang sangat tidak menentu. Kadang-kadang korang akan menjadi sangat serius dalam sesuatu perkara, tetapi ada juga kemungkinan bahawa korang tiba-tiba akan hilang minat dalm sesuatu perkara. Korang juga akan mengambil masa yang lama untuk menyelesaikan sesuatu tugasan jika tugasan itu tidak menarik perhatian korang.

  • Tulisan yang sangat kecil

Korang adalah seorang yang suka berahsia. Korang sukakan perubahan dan sentiasa mahu mencuba sesuatu yang baru. Korang juga suka berfikir secara serius dan berhati-hati apabila tiba masa untuk membuat keputusan. Ini boleh membuat korang kelihatan lebih matang daripada biasanya.

  • Terdapat ruang kecil di antara tulisan

Korang adalah seorang yang pandai bergaul dengan orang sekeliling. Korang juga suka menghadiri sesuatu majlis dan mendapatkan perhatian daripada orang ramai walau di mana jua. Korang tidak suka bersendirian dan kesunyian sepanjang masa.

  • Terdapat ruang yang besar antara tulisan

Korang tidak berminat dengan apa yang orang lain lakukan dan tidak suka dengan orang yang suka jaga tepi kain orang lain. Korang tidak suka akan tempat yang sesak/ramai orang kerana ia cukup merimaskan. Korang tidak suka konflik/masalah, jadi cara yang paling terbaik adalah dengan menjauhkan diri daripada masalah itu. Maksudnya, korang lebih suka lari daripada masalah.

  • Garisan menegak tulisan korang berada pada sudut 90 darjah yang sempurna.

Korang seorang yang sangat berhati-hati dan berfikir dua kali dalam setiap tindakan sebelum korang melakukannya. Korang juga seorang yang sangat prihatin iaitu sentiasa memikirkan tentang perasaan orang lain.


Jadi, aku rasa aku punya yang pertama. Selalu tak menentu. Korang pulak yang mana satu?

No comments: